Kisah Nabi Sulaiman dengan Jin Ifrit

KEAJAIBANDUNIA.WEB.ID ~ Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman. Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda.

Perjanjian  Nabi Sulaiman dengan Jin Ifrit
Perjanjian Nabi Sulaiman dengan Jin Ifrit

Pada suatu hari, Jin Ifrit telah keluar daripada bandar Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara yang sangat cantik untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada Nabi Sulaiman dan sekaligus ingin membuktikan kepada jin dan syaitan yang lain bahawa dialah jin yang paling disayangi oleh Nabi Sulaiman.

Secara senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain. Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari mutiara tersebut. Setelah puas menyelam, mutiara tersebut tidak juga dijumpai oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu tempat yang berbatu, ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut.

Loading...

Setelah diamatinya ternyata kilauan tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang dicari- carinya. Jin Ifrit terus mangambil mutiara tersebut dan berenang sehingga sampai ke tepi pantai. Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahwa dia telah diekori oleh jin lain yang bernama Bota.

Bota terus mengejar Jin Ifrit dan memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu mengejar Bota. Oleh kerana Bota lari dengan pantas ke arah selatan menyebabkan Jin Ifrit tidak dapat mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh Raja Jin bahawa mutiara tersebut telah hilang.

Tidak lama kemudian Jin Ifrit mendengar suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara Raja Jin. Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada Ifrit “Mana mutiara tersebut ?” Ifrit menjawab “Mutiara tersebut telah dirampas oleh Bota”. Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersembahkan kes tersebut kepada Nabi Sulaiman.

Setelah tiba di hadapan Nabi Sulaiman, baginda bertanya kepada Raja Jin “Apakah kesalahan Ifrit?”. Raja jin menjawab “Ifrit telah menghilangkan sebiji mutiara yang sangat cantik”. Nabi Sulaiman berkata kepada Ifrit “Adakah kamu telah menyembunyikan mutiara tersebut?” Ifrit menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

Nabi Sulaiman berkata “Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk diperiksa”. “Sementara itu kamu akan dipenjarakan terlebih dahulu sehingga kamu dibuktikan tidak bersalah” kata Nabi Sulaiman.

Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana Menterinya yang bernama Asif. Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu bahawa Bota adalah salah seorang hamba kepada orang lain. Beliau berkata kepada Nabi Sulaiman “Allah menjadikan peristiwa sebagai pembuka jalan kepada Nabi Sulaiman supaya pergi ke selatan untuk berjuang pada jalan Allah seperti baginda janjikan dahulu”.

“Mungkin Raja tersebut masih menyembah berhala” sambung Perdana Menteri. Nabi Sulaiman menerima kata-kata tersebut lalu baginda berangkat ke Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur kepada Allah keatas nikmatNya.

MENARIK:  Penjelasan Tentang Kehebatan Nabi Sulaiman Yang Bisa Mengerti Bahasa Semut

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *